Sunday 20 March 2011

aku minta maaf kawan...

Dulu..
aq xboleh idop tanpa kabar berita dari kawan aq hok sorg nie...
walaupun dye slalu beri aq masalah..
aq syg yg teramat2 kat dye tuh...
ape2 hal sikit aq sebut nama dia..
sampaikan ada kwn lain yg jelez n perli aq dalam diam..
namun manusia semakin berubah...
begitu juga aq...
kawan ku makin mengganas dgn dunia luar...
aq takut aq akan terjebak dgn aktiviti peliknya...
almaklum lar...
baru nak kenal dunia..
semua pon nk try...
aq amik keputusan jauhkan diri drp dye secara senyap n perlahan2...
akhirnya..........
usaha ku membuahkan hasil....
aq berjaya meletakkan tembok di antara kami..
tp tidak lar setinggi tembok cina....
cukup lar sekadar jumpa ,tnya khabar dan balik...
kejam kan aq?????
aq bukan aper...
aq ney jenis mudah terpengaruh...
sedikit sebanyak aq dah terikut gaya hidup dye...
aq xnak lebih parah....
so,
aq wat r keputusan jauhkan diri drpd dye....
si polan bte si polin...
aq mintak hampun ekk...
walaupon aq dah jauh dr dye...
aq still ingat kan dye...
still risau akan keselamatannya...
nk buat macam mana...
aq dah puas nasihat kan dye supaya cari jln yg btol...
tp dye dgil..
dye tetap pilih jalan tuh...
kang nasihat aq xabis di makan...
aq pulak yg menerima kunjungan nasihat org lain...
nak2 mak n abah aq....

Friday 18 March 2011

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK.....


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf 
yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta 
saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh 
adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat 
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf 
otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah 
aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan 
saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam 
majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan 
melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara 
tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza 
otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan 
otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang 
sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang 
diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan 
otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui 
mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir 
dan mengabaikannya.

Thursday 17 March 2011

Cara Kenal Pasti Botol Susu yang mengadungi BPA...

a . Botolnya Jernih ( crystal clear ).
b . Corak yg menarik. (biasanyalah).
c . Harganya murah . (ala,kdg2 ada buat pakej 2/3 dalam 1 paket).
d . Tiada label BPA FREE pd pembungkusannya.
e . terdapat anak panah dlm bentuk segitiga dibawah botol.
                                             
Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1.     Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2.     Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3.     Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4.     Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. Lebih baik kita cegah penggunaan botol tu dr skarang...
            xpayah tunggu tarikh pengharaman
            botol tersebut.... Sayangi lah 
            generasi baru kita...banyak agi 
            pilihan botol lain yg boleh
            di gunakan...
            contohnya :  
                    
                 i)    Polypropylene (PP) , 
                ii)    Polyethersulfone (PES)
               iii)    Polyamides (PA)   , kaca dan    
                       lain-lain..
                                      

Wednesday 16 March 2011

Setelah hampir 2 tahun tidak berjumpa, hati ini merasakan tahap kerinduan aq terhadap si dia ....
Lama giler kot aq dan dia tidak bersua muka...
duduk dekat,rumah xjauh mana,tp aq musykil,halangan apa yg membuat kan kami tidak berjumpa + susah sgt nak berjumpa...
Saborr jer lerr...
paperr pon kiteorg dah janji nk jumpa bila dia cuti sem...
Nur Saadah kow jgn lupa lak nan janji kow nak jumpa haqu k...
da lama aq tunggu....
16 mac...
aq mengorak langkah ku ke dunia blogger...